Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech

Pengumuman Masalah Laman Web

 new Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja pembetulan sedang dijalankan. Mohon Maaf atas kesulitan.new

   

GeMS

GeMS

(Gerakan Menjulangi Sarawak)

Pengenalan

GeMS ialah nama singkatan bagi Gerakan Menjulangi Sarawak. Gerakan ini merupakan pengurusan strategik bijaksana untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti pencapaian murid serta melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Sarawak.

Secara umum, Gerakan Menjulangi Sarawak (GeMS) 2011-2015 menekankan enam perkara utama iaitu peningkatan kualiti kepimpinan, pengurusan, dan pentadbiran; pembangunan modal insan; peningkatan bilangan sekolah yang mencapai sekurang-kurangnya band 4 dalam ranking NKRA; peningkatan usaha bagi merapatkan jurang pendidikan; peningkatan kualiti guru serta peningkatan bilangan sekolah yang menunjukkan peningkatan dalam ranking NKRA. Dalam gerakan ini seluruh warga pendidik terlibat dalam mengenal pasti fokus, isu utama, strategi dan merangka pelan tindakan bagi mencapai setiap KPI output dan KPI outcome yang dikenal pasti.

MUAT TURUN DOKUMEN GeMS 2011 - 2015

  • Bahagian I

Pengenalan Perancangan GeMS 2011-2015 

Perutusan Pengarah Pelajaran Sarawak 

Senarai Kandungan

  • Bahagian II
 

Muat turun semua Teras - Bahagian ii - Teras GeMS

  • Bahagian III

 

 


Pendekatan GeMS

Pendekatan GeMS melibatkan lima langkah seperti yang berikut:

  • menilai persekitaran luaran yang melibatkan peluang dan cabaran terhadap organisasi.
  • menilai kemampuan masa kini organisasi untuk mengambil peluang dan menyahut cabaran tersebut.
  • mengenal pasti misi utama organisasi.
  • membina satu senario persekitaran pada masa depan dan kemampuan organisasi menyahut cabaran tersebut secara realistik.
  • membandingkan keadaan masa kini dengan prospek masa depan dan menyediakan ruang bertindak untuk mengurangkan jurang antara kedua-duanya.

Ciri-ciri GeMS

GeMS mempunyai ciri-ciri yang berikut :

  • penekanan kepada mewujudkan suatu visi masa depan organisasi.
  • mewujudkan senario untuk pembangunan masa depan dan bukan hanya merancang untuk melakukan perkara yang sama bagi satu tempoh masa.
  • berorientasikan masa depan dan bukan pada situasi semasa.
  • penekanan kepada strategi dan bukan taktik.
  • satu proses berterusan untuk mencari “new rules of the game” dan membolehkan organisasi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.

Teras Strategik GeMS

GeMS digubal untuk menentukan haluan dan merealisasikan TERAS Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak seperti berikut :

  • Meningkatkan Kualiti Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan. (T1)
  • Membangunkan Modal Insan. (T2)
  • Memperkasakan Sekolah. (T3)
  • Merapatkan jurang pendidikan. (T4)
  • Memartabatkan profesion keguruan. (T5)
  • Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. (T6)

 

 

   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech