Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech

Pengumuman Masalah Laman Web

 new Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja pembetulan sedang dijalankan. Mohon Maaf atas kesulitan.new

   

MaCS

MaCS

(Managing Challenging Schools)

Pengenalan

MaCS ialah nama singkatan bagi Program Managing Challenging Schools di Sarawak. Program ini merupakan suatu usaha bersepadu Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian sama ada dari segi kuantiti atau kualiti.

Program MaCS telah dimulakan pada tahun 2005 dan pada masa itu tumpuannya hanyalah kepada sekolah-sekolah menengah yang berprestasi rendah dalam penilaian PMR. Pelaksanaan program MaCS pada tahun 2005 telah menunjukkan keberkesanan yang ketara dalam pencapaian keputusan PMR pada hujung tahun 2005.

Ciri-ciri MaCS

MaCS mempunyai ciri-ciri yang berikut :

  • mewujudkan suatu visi masa depan organisasi.
  • mewujudkan senario untuk pembangunan masa depan dan bukan hanya merancang untuk melakukan perkara yang sama bagi satu tempoh masa.
  • berorientasikan masa depan dan bukan pada situasi semasa.
  • penekanan kepada strategi dan bukan hanya taktik.

Matlamat Program MaCS

Program MaCS digubal untuk memantapkan kepemimpinan sekolah ke arah meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam akademik.

Matlamat utama program MaCS adalah berlandaskan perancangan strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (GeMS) seperti yang berikut:

semua sekolah menjadi sekolah berkesan.( M1)

semua murid mendapat pendidikan terbaik daripada guru yang berkualiti.(M2)

kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti di semua peringkat.(M3)

semua sekolah dan murid mempunyai ekuiti dan akses yang saksama untuk kecemerlangan dan pembangunan masa depan.(M4)

penggunaan bahasa Melayu dipertingkatkan di semua peringkat pendidikan. (M5)

Objektif Program MaCS

meningkatkan akauntabiliti Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan guru terhadap pencapaian akademik sekolah

meningkatkan interaksi dan perkongsian pengalaman dalam kalangan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan guru.

meningkatkan tahap kemahiran pengurusan strategik terutamanya dalam pengurusan kurikulum dan sumber.

meningkatkan prestasi UPSR,PMR, SPM (kualiti dan kuantiti)

Modus Operandi Program MaCS

Pelaksanaan program ini melibatkan pegawai-pegawai dari pelbagai sektor di Jabatan, Pejabat Pelajaran Gabungan, Pejabat Pelajaran Daerah Kecil dan juga pihak pengurusan sekolah. Pendekatan bersepadu begini merupakan usaha menjana idea untuk merangka strategi yang relevan seperti mesyuarat, bengkel, lawatan penandaras bagi pihak pengurusan sekolah yang dikenal pasti dengan harapan yang berkenaan dapat memantapkan peranan mereka sebagai pemimpin yang berkesan di sekolah.

Untuk memastikan program ini memberi impak kepada keberkesanan dalam pengurusan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah, program pemantauan telah dirangka dan dilaksanakan untuk mengesan status pelaksanaan program MaCS di sekolah-sekolah yang terlibat.

Perkongsian Pintar/ Latihan/ Bengkel/ Mesyuarat

Rancangan Pemajuan Sekolah Perancangan Strategik

Perancangan Taktikal

Pelan Operasi

Headcount, markah Base-line, TOV dan ETR

Kepimpinan Instruksional

Pemantauan/ penyeliaan berterusan program (sekolah)

Sasaran : Semua pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Pengurusan, Guru Kanan, Ketua Panitia

Lawatan Penanda arasan

Lawatan Pemantauan Berkala pelaporan

Tindak susul

Pengiktirafan

Pemantau

   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech