Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech

Pengumuman Masalah Laman Web

 new Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja pembetulan sedang dijalankan. Mohon Maaf atas kesulitan.new

   

NKRA Pendidikan

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu:

1.  Prasekolah
  • Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012, serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
2.  Literasi Dan Numerasi (LINUS)
  • Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.
3.  Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
  • Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.
4.  Tawaran Baru Kepada Pemimpin Sekolah
  • Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah.
Bagi Jabatan Pelajaran Sarawak setiap bidang tersebut di atas diterajui oleh sektor-sektor berikut:
Bil. Bidang Keberhasilan Utama Peneraju

i

a) Prasekolah

b) Sekolah berprestasi Tinggi
 
 

Sektor Pengurusan Sekolah

ii Literasi dan Numerasi (LINUS) Sektor Pengurusan Akademik
iii Tawaran Baru kepada Pemimpin Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Sekolah

Pengiktirafan

    • NKRA - TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH
      Tahniah diucapkan kepada 122 buah sekolah yang tersenarai dalam Penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar (TBGB) 2010 yang telah diadakan di SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN, Ayer Tawar, Merlimau, Melaka pada 28 Februari 2011 yang lalu.
 
  • SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
    Tahniah diucapkan kepada SK ULU LUBAI, LIMBANG dan SM SAINS MIRI kerana telah diisytiharkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 2010
   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech