Peruntukan besar untuk Sabah Dan Sarawak bukti ketulusan – Najib

 
 

KOTA MARUDU: Peningkatan besar peruntukan bagi projek pembangunan di Sabah menunjukkan ketulusan hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi perhatian kepada penduduk di negeri ini dan Sarawak.

“Beliau (Najib) adalah perdana menteri yang paling prihatin,”kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu.

Beliau berkata peningkatan peruntukan bagi infrastruktur asas seperti jalan, air, kesihatan, perumahan luar bandar dan pendidikan adalah bukti keikhlasan pemimpin nombor satu negara dalam merapatkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Pelajar sekolah kami terus menikmati bantuan seperti pakaian seragam dan kasut percuma dan juga menerima bantuan pendidikan seperti KWAMP (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin), bantuan RM100 untuk pelajar serta Siswa 1Malaysia, untuk meringankan beban ibu bapa pada permulaan penggal baharu persekolahan,”kata beliau.

Ongkili berkata demikian selepas menyampaikan bantuan pendidikan RM100 kepada 697 pelajar tiga buah sekolah di sini iaitu Sekolah Kebangsaan Tigaman, Sekolah Kebangsaan Mangaris dan Sekolah Kebangsaan Tagaroh semalam.

Selain itu, beliau berkata Najib telah mengumumkan peruntukan yang tidak pernah diumumkan dahulu iaitu sebanyak RM1 bilion tahun ini bagi membangunkan dan menaik taraf sekolah di Sabah dan Sarawak.

“Di bawah fasa pertama program, 107 sekolah di luar bandar telah dipilih dan kira-kira setengah bilion telah diperuntukkan sama ada untuk membaiki dan membina semula sekolah-sekolah daif, pembinaan bilik darjah baharu serta menaik taraf sistem pembetungan,”kata beliau.

Beliau menggesa ibu bapa dan guru untuk bekerjasama dengan pihak sekolah demi memastikan pelajar mendapat bimbangan yang secukupnya untuk mencapai kecemerlangan dan berusaha ke arah kecemerlangan dalam pendidikan.

Selain itu, beliau berkata projek pembangunan lain termasuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, yang sedang dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan jurang antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Ini mencerminkan ketulusan perdana menteri dan komitmen penuh beliau untuk memastikan pembangunan di Sabah dan Sarawak seiring dengan di Semenanjung.– BERNAMA

https://sarawakvoice.com/2018/02/23/peruntukan-besar-untuk-sabah-dan-sarawak-bukti-ketulusan-najib/

Semua Agensi di bawah JPN hendaklah memohon kelulusan teknikal perolehan inisiatif ICT daripada JPICT JPN masing-masing sebelum dilaksanakan.

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) berperanan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan projek ICT KPM berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP) KPM.

TUJUAN

Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT KPM dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan. 


  

Bil Tajuk  
1 Pekeliling Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pendidikan Malaysia - (PEKELILING ICT KPM BILANGAN 1 TAHUN 2018: TADBIR URUS JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA) Muat Turun

 

Urus Setia: Sektor ICT JPN

Bil Tajuk  
1 Garis Panduan Tatacara Permohonan Kelulusan Teknikal Inisiatif Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kementerian Pendidikan Malaysia - SURAT PEKELILING ICT KPM BILANGAN 1 TAHUN 2018 GARIS PANDUAN TATACARA PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL INISIATIF TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Muat Turun

 

Bil Tajuk  
1 Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT Muat Turun
 2

Borang Permohonan Perolehan Peralatan ICT Sekolah JPICT_JPN

Muat Turun
3 Senarai Semak Permohonan Muat Turun
4 Lampiran A - Kedudukan Kewangan Sekolah Muat Turun
5 Lampiran 1-Inisiatif ICT Yang Memerlukan Kelulusan JPICT Muat Turun
6 Surat Edaran Pemakluman Pekeliling JPICT Muat Turun

 

 

Sebarang kertas kerja atau pertanyaan mengenai JPICT boleh dikemukakan kepada e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

URUS SETIA
JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
Tel: 082-473780 / Fax: 082-473745

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Petra Jaya, 93050 Kuching
Sarawak, Malaysia
 
Tel : +6 082-473473   Faks : +6 082-473478
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.