Semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2 Tahun 2017 pada 5 hingga 7 September 2017 boleh menyemak keputusan mulai 7 Oktober 2017 (Sabtu) jam 7.00 pagi di laman sesawanghttps://sisppa.moe.gov.my. Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasj MySisPPA yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store.
Untuk makluman tuan/puan, permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 1 Tahun 2018 akan dibuka mulai 1 Disember 2017 sehingga 31 Disember 2017 di laman sesawang https://sisppa.moe.gov.my  .
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Unit Peperiksaan Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi di talian 03-8317 9000.