PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SESI 1 TAHUN 2018

 

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan bagi menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2018 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mac 2018 telah dibuka mulai 5 Disember 2017 sehingga 5 Januari 2018.Calon-calon boleh membuat permohonan melalui laman sesawang KPM https://sisppa.moe.gov.my

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Unit Peperiksaan Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-83179000 atau Unit Penilaian Kompetensi, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di talian 082-473 420 / 480 / 415.