• welcome
  • pppm
  • epsa
  • eksa
  • 1govuc
  • zumbanewjuly
  • helpdesk

utusan18ogosbaucarpakaian

utusan18ogosbaucarpakaian1

Guru bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF

 
Mahdzir Khalid beramah mesra dengan murid yang membuat persembahan
Mahdzir Khalid beramah mesra dengan murid yang membuat persembahan dalam majlis perasmian Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) dan Kolokium Program Imersif Tinggi (HIP) di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, semalam. Turut hadir, Chong Sin Woon (enam dari kiri) dan Khair Mohamad (lapan dari kiri). UTUSAN/ASWAD YAHYA
 

SEREMBAN 15 Ogos - Kementerian Pendidikan mahu guru bahasa Inggeris mempertingkatkan kemahiran penguasaan bahasa tersebut hingga mencapai tahap C2 dalam sistem penarafan Common European Framework of Refe­rences for Languages (CEFR).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu bagi memastikan standard penga­jaran dan pembelajaran bahasa berkenaan di negara ini setaraf dengan peringkat antarabangsa.

 

‘‘Setakat ini, kira-kira 20,000 guru atau 52 peratus yang mengajar bahasa Inggeris telah mencapai tahap C2 dan C1 dalam sistem penarafan CEFR.

‘‘Justeru, Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan menjadi platform kepada golongan pendidik untuk memperkasakan pe­nguasaan sekali gus diberi latihan membangunkan program dan bahan pengajaran dan pembelajaran berimpak tinggi,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kampus ELTC dan Kolokium Program Imersif Tinggi (HIP) dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad serta Pengarah ELTC, Dr. Mohamed Abu Bakar.

Menurut Mahdzir, penubuhan kampus ELTC adalah selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melahirkan murid yang profisien dalam bahasa Inggeris sekali gus mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Katanya, kampus tersebut juga merupakan satu-satunya institusi di bawah Kementerian Pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui sistem pendidikan bahasa Inggeris di negara ini.

‘‘Kementerian juga telah mewujudkan program yang berasaskan penguasaan bahasa Inggeris seperti HIP yang mampu meningkatkan kemahiran ba­hasa itu melalui penggunaan dan pe­nguasaannya dan Program Dwibahasa (DLP).

‘‘Setakat ini sebanyak 5,000 buah sekolah telah melaksanakan program HIP manakala 1,200 sekolah lagi menggunakan program DLP,’’ katanya.

Wujudkan unit bantuan guaman di sekolah

 
IBU BAPA pelajar mangsa buli, Ahmad Fauzi Abdullah (kiri) dan
IBU BAPA pelajar mangsa buli, Ahmad Fauzi Abdullah (kiri) dan Rusaila Abdullah (tengah) mendengar penerangan daripada peguam, Wan Azliana Wan Adnan (kanan) selepas memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap pembuli sebanyak RM2 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 1 April lalu. GAMBAR HIASAN/UTUSAN
 

ISU buli di sekolah bukanlah perkara baharu kerana sering dilaporkan oleh media massa. Mangsa buli bukan sahaja melibatkan pelajar malah turut membabitkan guru.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan seorang guru berusia 48 tahun di Melaka cedera akibat dibaling kerusi setelah menegur perbuatan seorang pelajar berusia 14 tahun yang menggunakan bahasa kesat.

 

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 3 Julai lalu ada mengulas isu sama dengan menasihatkan guru yang dibuli pelajar tampil membuat aduan polis demi membendung penularan gengsterisme di sekolah.

Beliau berkata, pihaknya tidak menafikan terdapat guru yang menjadi mangsa buli pelajar yang bermasalah di sekolah namun tidak serius.

Katanya, kes guru menjadi mangsa buli khususnya harta benda dirosakkan pelajar jarang didengar kerana kebanyakan mereka takut untuk melaporkan kepada polis disebabkan bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarga apabila berada di luar sekolah.

Gejala buli seperti masalah lain yang melibatkan pelajar sukar untuk diatasi kerana terdapat segelintir ibu bapa dan penjaga yang gemar menuding jari kepada guru sebagai punca pelbagai kesalahan dilakukan oleh anak-anak mereka.

Sedikit sahaja tindakan diambil oleh mana-mana guru terhadap pelajar, maka laporan polis dibuat yang akan disusuli dengan tindakan saman di mahkamah. Ini tidak termasuk pendedahan yang dibuat kepada media massa atau memuat naik gambar dan video dalam media sosial sehingga menyebabkan guru berkenaan dikecam orang ramai tanpa usul periksa.

Oleh yang demikian, agak sukar untuk guru mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang didapati terlibat dengan kegiatan buli dan kesalahan lain walaupun mereka berniat baik untuk mendidik.

Memandangkan isu berkenaan sudah menjadi begitu kompleks dan sukar ditangani adalah dicadangkan ditubuhkan unit bantuan guaman di setiap sekolah atau sekurang-kurangnya di setiap jabatan pendidikan daerah dan negeri.

Unit berkenaan dapat menawarkan khidmat nasihat berkaitan aspek guaman dan perundangan kepada guru serta pelajar yang menjadi mangsa buli mengenai langkah-langkah yang sepatutnya diambil mereka.

Penubuhan unit bantuan guaman boleh dibuat melalui kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Majlis Peguam.

Unit itu seharusnya dianggotai oleh pengamal undang-undang yang pakar berkaitan gejala buli dan masalah disiplin lain melibatkan pelajar.

Dengan adanya unit itu, isu mangsa buli hanya mendiamkan diri kerana takut untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa tidak berterusan.

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/wujudkan-unit-bantuan-guaman-di-sekolah-1.515346#ixzz4puMknyiU 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

150 students receive school uniform vouchers in Bawang Assan

Wong (third left) presents a school uniform voucher to a student while (from left) Stanley, Azmi, Awang Yusup and Chong Kung look on.

SIBU: A total of 150 school children from 21 schools in Bawang Assan state constituency here received school uniform vouchers from Yayasan Sarawak yesterday.

Minister of International Trade and E-Commerce Dato Sri Wong Soon Koh said this year, the state government has increased the allocation to RM4 million a year, with each recipient given RM200, whereas before that the allocation was RM2 million and recipient each received RM100.

“The government’s commitment this morning (yesterday) reflects the intention to lessen the schooling expenses of parents through provision of school uniform assistance.

“Besides, the government has allocated a big sum to ensure the continuity of education for students, including infrastructure facilities, scholarship assistance, 1Malaysia voucher and many others to enable students to study with ease, both mentally and physically.

“We are proud as Malaysians in general and Sarawakians in particular for having a state and country that give priority to

those groups that require assistance,” Wong, who is also Second Finance Minister, said during the School Uniform Assistance voucher-presentation ceremony at SK Agama here.

Also present were Yayasan Sarawak director Azmi Bujang, Sibu district officer Awang Yusup Awang Mostapha, Sibu district education officer Wong Chong Kung, Temenggong Stanley Geramong and Pemanca James Sembilan.

Wong, who is Bawang Assan assemblyman, noted that since 2000, Yayasan Sarawak had been entrusted by the state government to supply school uniforms including shoes and bags to students throughout the state.

Touching on ICT, he said it was a new way of doing things in line with the emphasis by Chief Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg on digital economy.

“We have no choice but to adopt IT if we want new ways of doing things and this requires learning as much English as possible besides Bahasa Malaysia,” he added.

On a related matter, he said Minister of Education, Science and Technological Research Dato Sri Michael Manyin Jawong had instructed all elected representatives to adopt a school for the learning of English.

Wong also mentioned that Bahasa Malaysia, being the national language, must be mastered before learning other languages such as English.

In a press release handed out to reporters, the school uniform vouchers are given to school children based on e-Kasih

data, whose family income is RM500 and below, students with special needs (OKU), and rural students.

http://www.theborneopost.com/2017/08/15/150-students-receive-school-uniform-vouchers-in-bawang-assan/