Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, inisiatif untuk lebih mengenali, berkomunikasi dan membina hubungan positif antara ibu bapa dan para guru boleh dilakukan menerusi penglibatan aktif dalam Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) atau Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

 

 “Perlu kita sedari bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak murid perlu digalas secara bersama kerana matlamat kita juga adalah sama iaitu demi kemenjadian murid.

“Terima kasih atas komitmen para ibu bapa sebelum ini sewaktu hari-hari pendaftaran dan sesi suai kenal. Penghargaan kepada sikap sabar dan komited para guru dan pihak pentadbir di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau. 

Mahdzir turut mengambil peluang memberi nasihat kepada murid-murid yang memulakan sesi persekolahan tahun ini.

“Kenali dan hormatilah guru-guru anda kerana mereka adalah sebahagian insan dalam hidup anda yang akan mencurahkan ilmu pengetahuan, mencungkil potensi diri anda, pendidik serta pembimbing nilai-nilai murni dalam kehidupan bagi membentuk diri anda menjadi insan yang syumul,” jelasnya.

 

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tingkatkan-hubungan-dengan-warga-pendidik-1.583226