Video oleh RAJA JAAFAR ALI

 

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan berkata, penambahbaikan berhubung garis panduan berkenaan kini di peringkat akhir dan akan dibentangkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Advertisement
 

“Garis panduan itu sudah ada, namun akan diberi penambahbaikan seperti isu buli siber yang kini turut melibatkan pelajar kerana isu sebegini tidak berlaku dahulu.

“Kita akan ikut pro­sedur sedia ada untuk pastikan segalanya dapat dirancang dengan baik. Dalam perkara ini, kita mahu kedua-dua belah pihak iaitu guru dan murid dilindungi,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gelang Patah di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kesatuan Per­khidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu Kementerian Pendidikan mengeluarkan surat pekeliling baharu mengenai kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar memandangkan surat pekeliling itu kali terakhir dikeluarkan pada 1983.

Menurut Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarkan bagi memberi maklum kepada guru mengenai bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-peraturan Pelajaran seperti berkeliaran dan bising di dalam kelas.

Pada 19 Disember lalu, Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan melepas tanpa membebaskan Azizan Manap atau Cikgu Azizan atas pertuduhan mencederakan muridnya Oktober lalu.

Cikgu Azizan, 44, yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, Seremban didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pukul 7 pagi pada 6 April lalu.

 

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/video-garis-panduan-baharu-hukuman-pelajar-hampir-siap-1.583160