• welcome
  • apc 2016
  • pppm
  • epsa
  • eksa
  • 1govuc
  • helpdesk
  • zumba

1. Bagaimana pemohon hendak memohon bertukar sekolah dalam daerah atau antara daerah?

Pemohon perlu mengisi Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga (Subperaturan 7(1)) Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara. Borang yang telah lengkapisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan untuk diproses dan mendapat kelulusan.

Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga (Subperaturan 7(1)) hendaklah disertakan dengan Borang Senarai Semak Pertukaran Murid Sekolah Menengah Dalam Negeri Sarawak.

2. Bolehkah anak saya memohon untuk masuk semula ke sekolah?

Boleh, sekiranya murid tersebut masih dalam kohort umur persekolahan Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5. Pemohon perlu mengisi Borang ASPS Pindaan 09 dengan lengkap dan ditandatangani oleh Pengetua Sekolah asal (sekolah terakhir pemohon bersekolah). Permohonan juga perlu sertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan dalam borang berkenaan.

3. Apakah Borang ASBS Pindaan 09?

Borang ini digunakan untuk Permohonan Kemasukan Murid daripada Sekolah Agama/ Swasta dan Belajar Semula ke Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Saya bersekolah di sekolah swasta. Bolehkah saya memohon ke Sekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia?

Boleh, dengan mengisi Borang ASBS Pindaan 09.Borang yang telah dilengkapisi hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri, Sektor Pengurusan Sekolah untuk diproses. Pemohon daripada Sekolah Swasta WAJIB sertakan salinan Sijil Berhenti Sekolah.

5. Apakah Borang LN-Pindaan 09?

Borang ini untuk permohonan Masuk Belajar ke Sekolah Kerajaan daripada Murid Warganegara Malaysia yang pulang dari Luar Negara.

6. Bolehkah murid Sekolah Persendirian/Swasta memohon masuk ke Tingkatan 4 Sekolah Kebangsaan.

Calon-calon Persendirian/Swasta yang ingin memohon masuk ke Tingkatan 4 Sekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia harus mengisi Borang M sekurang-kurangnya tiga (3) minggu selepas pengumuman Keputusan Peperiksaan PMR tahun semasa. Borang ini mesti ditandatangani oleh Pengetua sekolah asal dan disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan.

7. Bagaimana hendak memohon semula di Tingkatan Lima (5) Mengulang?

Pemohonan hendaklah mengisi dengan lengkap Borang TV (Pindaan 1/2010) disertakan dengan sesalinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan dan salinan Keputusan SPM. Borang berkenaan mesti ditandatangi oleh Pengetua sekolah asal. Borang yang telah dilengkapisi hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Sektor Pengurusan Sekolah untuk diproses dan diluluskan.

Antara syarat-syarat permohonan ialah:-

  • Tidak pernah tertahan dalam mana-mana tingkatan pada tahun sebelum ini;
  • Murid yang hanya lulus empat (4) mata pelajaran atau kurang bagi peperiksaan SPM
  • Murid yang diterima untuk belajar semula hendaklah mengambil 6 mata pelajaran teras iaitu bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

8. Berapa buah Sekolah Kawalan di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak?

Ada 5 buah sekolah kawalan di bawah kawalan JPN Sarawak. Ianya terdiri daripada tiga (3) buah Sekolah Berasrama Penuh dan dua (2) buah Sekolah Rancangan Khas.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP :-

  • Sekolah Menengah Sains Kuching
  • Sekolah Menengah Sains Kuching Utara
  • Sekolah Menengah Sains Miri

Sekolah Rancangan Khas (SRK) :-

  • Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching
  • Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri

9. Apakah syarat-syarat utama untuk memohon ke Sekolah Rancangan Khas(SRK)?

Syarat-syarat utama untuk memohon ke sekolah kawalan ialah:-

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Menduduki UPSR di Sekolah Aliran Bahasa Melayu
  • Mendapat Gred A dalam semua matapelajaran UPSR (untuk yang memohon ke Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching)
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A termasuk Matematik dan 1B UPSR (untuk yang memohon ke Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri)
  • Aktif dan berkebolehan dalam KoKurikulum sekolah

10. Bagaimana hendak memohon ke Sekolah Kawalan?

Pemohon boleh memohon secara atas talian di "http://apdm.moe.gov.my(klik di sini) melalui Guru Kelas di Sekolah Rendah masing-masing. Ibubapa juga boleh memohon atas talian melalui url "http://public.moe.gov.my(klik di sini)

Setiap permohonan akan dikemaskini penglibatan kokurikulum pemohon oleh guru kelas dan disahkan oleh guru besar. Permohonan atas talian akan dibuka mulai akhir bulan Julai. Permohonan secara manual tidak akan dipertimbangkan.

11. Bilakah permohonan ke Sekolah Rancangan Khas ditutup atas talian?

Permohonan atas talian akan ditutup akhir bulan November setiap tahun berikutnya untuk diproses.

12. Bolehkah saya membuat rayuan untuk kemasukan ke SRK?

Rayuan hanya akan dibuka setelah tawaran selesai dilakukan. Rayuan boleh menggunakan Borang TG.1/SRK untuk kemasukan Tingkatan 1 ke SRK. Proses rayuan dan tawaran akan dilakukan secara berperingkat sehingga 30 Mac tahun semasa.

13. Selepas proses rayuan pada 30 Mac tahun semasa, bolehkah pemohon memohon ke SRK?

Boleh tetapi pemohon perlu menggunakan Borang P.U.(A) 275 jadual Ketiga (Subperaturan 7(1) Permohonan untuk bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara. Walaubagaimana pun, kelulusan tertakluk kepada kekosongan yang ada di sekolah berkenaan.

14. Apa itu KRK?

KRK adalah Kelas Rancangan Khas dibuka untuk murid Tingkatan 1 di duapuluh empat (24) buah sekolah di Sarawak. Sekolah-sekolah yang menyediakan KRK ialah:-

  • SMK Simanggang
  • SMK Rosli Dhoby
  • SMK Luar Bandar No.1 Sibu
  • SMK Pujut
  • SMK Lopeng Tengah
  • SMK Luak
  • SMK Lutong
  • SMK Dato Permaisuri
  • SMK Suai
  • SMK Bekenu
  • SMK Merapok
  • SMK Kubong
  • SMK Sungai Paoh
  • SMK Kapit No.2
  • SMK Baru Bintulu
  • SMK Kidurong
  • SMK Bintulu
  • SMK Muara Tuang
  • SMK Asajaya No.2
  • SMK Oya
  • SMK Three Rivers
  • SMK Spaoh
  • SMK Pusa
  • SMK Saratok

15. Bagaimana memohon ke Kelas Rancangan Khas (KRK)?

Permohonan KRK adalah atas talian melalui url http://apdm.moe.gov.my atau http://parents.moe.gov.my .

16. Siapa yang meluluskan kemasukan ke KRK?

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memproses dan meluluskan permohonan kemasukan ke KRK.

1. Berapa kali Pertukaran guru dilaksanakan diperingkat negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah diproses?

Pertukaran guru Sekolah Rendah Antara Negei, Dalam negeri dan Dalam, Daerah diproses 2 kali setahun iaitu pada bulan Jun dan januari.

2. Bagaimanakah cara pemohon/Guru terlatih memohon pertukaran?

Permohonan pertukaran guru terlatih boleh memohon melalui e-GTukar secara atas talian (online) melalui laman web KPM di apps.moe.gov.my/epgo

3. Bilakah penempatan Pertama Guru Sekolah Rendah diproses?

Penempatan Guru Sekolah Rendah diproses setelah JPN menerima senarai nama guru dari BPSH, KPM dan mengikut prosedur ISO diagih kepada semua PPD yang ada jawatan kosong mengikut keperluan opysen.

4. Bagaimanakah cara calon guru menyemak penempatan pertama mereka?

Calon guru boleh melayari laman web KPM bagi mengetahui Negeri dan Daerah ditempatkan. Bagi mengetahui nama sekolah, mereka haruslah menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri.

5. Bagaimanakah proses permohonan Tukar Aliran Bahasa pengantar diurus?

Pemohon mestilah memohon menggunakan borang TA 09 dan disertakan dokumen sokongan yang didapati dari sekolah dan melalui PPD dan seterusnya di majukan ke JPN untuk tindakan seterusnya. Borang permohonan hendaklah disokong atau diulas dan ditandatangani oleh Pegawai Pendidikan daerah berkenaan.

6. Bagaimana prosedur untuk memohon Penangguhan Pendidikan Wajib?

Pemohon boleh menulis surat dan mengisi borang khas dan disertakan laporan dari pihak Doktor Pakar dan dimajukan kepada Sektor Pendidikan Khas dan Penddikan Swasta untuk tindakan seterusnya.

7. Bagaimana Prosedur untuk memohon Kemasukan Belajar Semula?

Pemohon mengisi Borang ASBS dengan lengkap dan ditandatangani oleh Guru Besar sekolah berkenaan dan dimajukan ke JPN bersama semua dokumen sokongan yang diperlukan.

8. Pelaksanaan Kelas-kelas Bahasa Ibunda (POL) di Sekolah Kebangsaan. Berapakah orang disekolah yang ingin belajar layak memohon?

Sekiranya ada 15 orang pelajar, boleh dilaksanakan kelas Bahasa Ibunda.

9. Bagaimana untuk memasuki ke Sekolah Agama?

Murid Tahun 1 perlulah menduduki ujian ke tahun 1 pada bulan Oktober setiap tahun. Bagi mereka yang ingin memohon Tahun 2 – Tahun 6 perlulah melalui temuduga dari pihak sekolah berkenaan. JPN Sarawak akan keluarkan surat kelulusan memasuki Sekolah Agama tersebut.

10. Bagaimana prosedur murid dari SK Agama hendak berpindah keluar ke Sekolah Biasa?

Pemohon membuat permohonan melalui PPD dan diluluskan oleh JPN Sarawak.

11. Siapakah layak memohon Kursus Dalam Cuti ( KDC )?

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang masih berkhidmat.

12.Bagaimanakah prosedur untuk memohon pendaftaran lewat murid warganegara tanpa dokumen ( MWTD ) ?

Ibu bapa atau penjaga hendaklah mengisi borang MWTD dan PKK yang boleh diperolehi di Pejabat Pendidikan daerah dan disertakan dengan salinan Kad Pengenalan ibu bapa( yang disahkan ) dan resit membuat sijil lahir ( jika ada ). Borang tersebut perlu dimajukan ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk mendapatkan kelulusan.

 
      

under-construction-green-yellow

MENGURUS PENERIMAAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN.

1. Apakah P.U (A) 275 Jadual Pertama. Akta Pendidikan 1996?

Ia merupakan Peraturan Undang-Undang Awam untuk menerima kemasukan Murid Bukan Warganegara ke sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berkuatkuasa pada 23 Julai 1998.

2. Apakah borang yang perlu diisikan oleh pemohon?

Pemohon terlebih dahulu menulis surat ke Pejabat Pendidikan Daerah bertujuan meminta khidmat nasihat dan mencadangkan nama sekolah. Pemohon mestilah mendapatkan dan mengisi dengan lengkap borang P.U (A) Jadual Pertama dan Kedua.

3. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama apabila menghantar permohonan?

Ada 15 dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama

  • Salinan pasport murid
  • Salinan sijil kelahiran
  • Salinan rekod persekolahan
  • Salinan rekod laporan disiplin
  • Salinan pasport ibubapa
  • Salinan permit kerja
  • Salinan surat majikan
  • Salinan surat nikah / cerai
  • Salinan surat hak penjagaan anak (Ordinan 52)
  • Salinan surat anak angkat
  • Salinan sijil perlindungan insuran
  • Laporan kesihatan
  • Salinan surat tawaran sekolah
  • 2 keping gambar passport
  • Personal Bond / Borang BK (Jabatan Imigresen)

4. Apakah tindakan pemohon selanjutnya?

Pemohon mesti mendapat perakuan guru besar / pengetua. Guru Besar/Pengetua hendaklah mengisi seperti yang diarah oleh bahagian II dalam borang P.U.(A) 275 Jadual Pertama. Pihak guru besar/pengetua juga perlu mengesahkan dokumen-dokumen pemohon yang berkaitan.

Nota: Kebanyakan Pengetua dan Guru Besar mempersoal mengapa mereka harus mengisi bahagian II.

5. Bagaimana hendak mendapat kelulusan?

Permohonan akan di;u;us oleh Penolong Pendaftar setelah semua dokumen dilengkapkan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

6. Adakah murid bukan warganegara perlu mendapat pas pelajar dan membayar fee?

Ya, mereka wajib mendapatkan pas pelajar dari Jabatan Imigresen terlebih dahulu. Fee akan dikenakan mengikut peraturan pendidikan (Fee yang diluluskan kehadiran murid asing) 1995/Pekeliling Kewangan Bil.7/1995 dan Bil.4/2000.

7. Bolehkah mereka menumpang di sekolah sementara menunggu kelulusan?

Tidak, mereka wajib mendapat pas pelajar terlebih dahulu dari Jabatan Imigresen. Guru Besar dan Pengetua diingatkan tidak boleh menempatkan murid bukan warganegara di sekolah kerajaan selagi tidak mempunyai pas pelajar.

8. Apakah Borang BX?

Borang BX adalah hasil daripada mesyuarat dan persetujuan antara Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendidikan Sarawak pada tahun 1995.

Borang BX mula diguna pakai pada 4 Januari 1996. Borang BX adalah untuk kemasukan pelajar asing ke sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dan swasta pada 1996 hingga 2002. Borang BX juga masih diguna pakai hingga hari ini untuk murid ke sekolah swasta, IPS dan IPTS di Sarawak.

PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA – GURU

Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-Peraturan Pendidikan (PIBG) 1998 (P.U.(A) 118, menghendaki semua Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan menubuh Persatuan Ibu Baga – Guru.

1. Apakah prosedur untuk menubuh PIBG?

Mesyuarat Agung hendaklah diadakan untuk memilih/melantik AJK Persatuan.

2. Bagaimanakah cara untuk membuat pendaftaran PIBG? 

Borang pendaftaran mengikut Akta Pendidikan 1996 (Jadual Pertama dan Kedua) hendaklah dilengkapisi dan dikemukakan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam 2 salinan. Guru Besar atau Pengetua hendaklah mengemukakan permohonan penubuhan berserta salinan draf perlembangan Persatuan. Borang tersebut boleh didapati dari JPN Sarawak. 

3. Berapa orang AJK PIBG yang boleh didaftarkan dan siapakah yang layak untuk menganggotainya?

AJK tidak boleh lebih daripada 14 dan tidak kurang daripada 5 orang (tidak termasuk “Ex-officio”. Anggota persatuan hendaklah terdiri daripada semua guru di sekolah, ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah tersebut dan warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota persatuan oleh PPD atau Pendaftar Sekolah mengikut mana-mana yang berkenaan. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai JK PIBG hendaklah seboleh-bolehnya, seimbang.

Guru Besar atau Pengetua adalah sebagai anggota “Ex-officio” dan Penasihat Persatuan. 

4. Bolehkah seorang Guru Besar?Pengetua menjadi YDP Persatuan sesebuah sekolah lain di mana anaknya sedang belajar?

Boleh, apabila dicalonkan untuk bertanding dalam apa-apa juga jawatan. 

5. Bolehkah seseorang yang tiada anak belajar di sekolah menjadi ahli / YDP Persatuan sesebuah sekolah?

Boleh. Seseorang yang berminat menjadi ahli PIBG sesebuah sekolah tetapi tiada anak bersekolah boleh memohon dengan mengisi borang BPA/PIBG/1 dihantar kepada Pendaftar Sekolah untuk menjadi ahli PIBG sesebuah sekolah. Setelah dibenarkan menjadi ahli, maka beliau boleh mengikut aktiviti PIBG sekolah berkenaan dan layak dicalonkan untuk bertanding dalam apa-apa juga jawatan.

6. Berapa kalikah Mesyuarat Agung Persatuan diadakan?

Mesyuarat Agung Persatuan hendaklah diadakan setahun sekali dan pemegang jawatan boleh dipilih semula 1 tahun sekali.

7. Bilakah Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan boleh diadakan?

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulan Mac.

8. Apakah tindakan selanjutnya dari pihak Jabatan setelah permohonan pendaftaran persatuan diterima?

Pihak jabatan akan menyemak borang permohonan dan apabila sudah lengkap, pihak jabatan akan mengeluarkan sijil perakuan.

LEMBAGA PENGELOLA

1. Siapakah ahli lembaga pengelola sekolah?

Ahli lembaga pengelola sekolah adalah orang yang bertanggungjawab tentang pengurusan sesebuah sekolah itu.

2. Sekolah manakah yang perlu mempunyai ahli lembaga sekolah?

Sekolah yang tiada bantuan dari kerajaan atau sekolah swasta.

3. Perlukah ahli lembaga pengelola sekolah ini didaftar?

Mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) semua ahli lembaga pengelola hendaklah didaftarkan.

4. Bagaimanakah caranya hendak mendaftar ahli lembaga pengelola sekolah ini?

Ahli lembaga pengelola yang telah dilantik oleh Ahli Jawatankuasa sekolah hendaklah mengisi borang JPS.DFT(Pekerja) beserta dengan minit mesyuarat atau surat lantikan, salinan fotostat kad pengenalan dan permohonan ini hendaklah dihantar ke jabatan ini untuk tindakan seterusnya.

5. Adakah perlu sebarang bayaran untuk mendaftar ahli lembaga pengelola sekolah ini?

Tidak perlu.

6. Apakah tindakan pihak jabatan Pendidikan setelah permohonan ini diterima?

Sebelum Perakuan Pendaftaran ahli lembaga pengelola ini dikeluarkan, setiap permohonan terlebih dahulu dihantar kepada Jabatan Polis untuk tapisan keselamatan. Sementara menunggu jawapan daripada pihak polis, jabatan Pendidikan akan member kelulusan sementara kepada ahli lembaga pengelola sekolah.

7. Adakah semua yang memohon dapat dilantik?

Tidak, bergantung kepada tapisan keselamatan, andainya tidak mematuhi Akta 550 Seksyen 90 maka ahli lembaga ini tidak dapat dilantik.

8. Berapa lamakah tempoh lantikan seorang ahli itu?

Tiada tempoh, selagi ianya masih menjadi ahli lembaga pengelola sesebuah sekolah itu.

PROSEDUR PEMPROSESAN LOGO DAN LENCANA

1. Siapakah ahli jawatankuasa pemprosesan logo dan lencana ini?

  • Sektor Pengurusan Sekolah
  • Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusian
  • sector Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
  • Sektor Pendidikan Islam
  • Sektor Jaminan Kualiti
  • Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT

2. Berapa kalikah mesyuarat Logo dan Lencana diadakan?

Mesyuarat di adakan 2 kali setahun. Jika terdapat 5 permohonan pada satu masa, maka mesyuarat boleh diadakan. Mesyuarat akan dipengerusi oleh Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran.

3. Apakah criteria untuk mencipta sesebuag logo?

Kriterianya ialah seperti berikut:-

  • Hanya 3 warna sahaja dibenarkan tidak termasuk warna asas (hitam dan putih adalah warna asas yang dibenar untuk nama dan cogan kata.)
  • Bentuk logo mestilah bersesuaian dengan masa dan aspirasi Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Warna dan mota sekolah hendaklah diterjemah dengan bahasa yang mudah difaham.
  • Lukisan terlalu padat dalam lencana tidak digalakkan.
  • Logo mesti menepati aspirasi sekolah.

4. Dimanakah letak nama sekolah dan moto?

Nama sekolah hendaklah ditulis di atas logo.Moto sekolah hendaklah ditulis di bawah logo.

5. Apakah cogankata yang baik untuk sesebuah logo?

Cogankata hendaklah membawa makna yang baik. Ianya hendaklah bertemakan Malaysia dan menjurus kea rah kecemerlangan pendidikan Negara.

Hendaklah ringkas, tepat dan dapat member impak kepada murid dan sekolah.

Contoh:-

  1. SMK Green Road – “May We Grow as One”
  2. SK Rumah Keseheng – “Usaha Maju Jaya”

Sekolah digalakkan untuk mengemukakan beberapa cogankata yang sesuai kerana dikhuatri sudah digunakan oleh sekolah yang terdahulu.

6. Apa yang tidak dibenarkan diletak dalam logo?

Tidak dibenarkan meletak nama daerah (melainkan ia adalah nama sekolah, bahagian atau nombor kod sekolah.

Contoh:-

  1. SK Kampung Sawai BUKAN SK Kampung Sawai, Sibu
  2. SK Serasot BUKAN SK Serasot, Bau AS 123

7. Lencana

Lencana dibenarkan berlatarbelakang hitam dan nama berwarna putih.

8. Kelulusan

Jawatankuasa akan melulus logo sekiranya ahli berpuas hati dengan permohonan tersebut.

Jawatankuasa akan mencadangkan semula beberapa perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat untuk tindakan pihak sekolah selanjutnya.

HAL – HAL LAIN

1. Apakah yang perlu dibuat dengan Soalan Parlimen yang kita terima?

Menghantar memo kepada sector-sektor yang ada berkaitan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh Urus Setia. Hal Ehwal Parlimen, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jawapan daripada sector akan di kumpul dan perlu diluluskan oleh pihak Pengarah Pendidikan Sarawak sebelum dikembalikan ke pihak urusetia sebelum dibentang di Parlimen.

2. Apakah prosedur membuat Takwin Jabatan?

Menghantar memo kepada semua Ketua Sektor untuk mengisi borang takwin di sector masing-masing dan menunggu pulangan takwin dari sector-sektor untuk ditaip semula. Ia akan disemak dan diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Sarawak untuk dijadikan buku dan diedar kepada semua Ketua Sektor / Pejabat Pendidikan Daerah.

3. Bagaimana proses Kebenaran Memungut Derma?

Setelah permohonan Kebenaran Memungut Derma dengan menggunakan borang pibgderma.doc/98 dan disemak oleh Pembantu Tadbir [N17] yang mengendalikan proses permohonan tersebut. Jika ia lengkap, barulah surat kebenaran dikeluarkan. Pihak sekolah dikehendaki menyertakan contoh.

4. Bagaimana cara Pemprosesan Permohonan Peraturan Pelancongan Sekolah?

Bagi permohonan sekolah-sekolah yang melibatkan guru/kakitangan dan murid untuk melawat ke luar sekolah.

  • Pastikan menggunakan Borang PS1, dilengkapisi dan dihantar ke Unit Perhubungan & Pendaftaran untk disemak dan diluluskan. Setelah lengkap barulah dikeluarkan surat kelulusan.
  • Bagi permohonan yang melibat guru dan pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Sarawak. Surat permohonan dimajukan kepada Pengarah untuk kelulusan kemudian barulah diberi semula kepada Unit Perhubungan & Pendaftaran untuk dikeluarkan surat kelulusan yang didraf oleh Ketua Unit atau Penolong Pengarah.

5. Bagaimana pula cara pemprosesan surat-surat perhubungan atau general?

Surat permohona yang diminitkan oleh Pengarah diteliti dan dikaji oleh Ketua Unit atau Penolong Pengarah sebelum diluluskan. Setelah diluluskan dan didraf barulah ditaip dan ditandatangani oleh Pengarah, Timbalan Pengarah atau Ketua Sektor. Contoh surat termasuk;

  • Permohonan untuk mendapatkan data-data sekolah sekolah kebangsaan
  • Permohonan untuk menggunakan bilik darjah di sekolah sebagai tempat peperiksaan oleh pelbagai agensi Jabatan.
  • Permohonan untuk berjumpa Pengetua/Guru Besar bagi mempromosikan produk jualan seperti buku-buku/peralatan sekolah dan sebagainya di sekolah-sekolah.