Objektif Sektor Pengurusan Akademik adalah untuk memastikan:

  • Dasar pendidikan kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan di semua peringkat persekolahan.
  • Latihan dan perkembangan profesionalisme dijalankan untuk semua guru dan pegawai secara berterusan.
  • Maklumat berhubung dengan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran disebarkan dengan segera ke sekolah.
  • sektor pengurusan akademik juga sentiasa merancang, menilai, melaksana, menyelaras, memantau serta menilai program sokongan dan projek khas yang dapat mempertingkatkan prestasi akademik dan sekolah.

 

{slider=Fungsi Sektor}

  • Memastikan pelaksanaan Dasar-Dasar Kurikulum (KSPK, KSSR dan KSSM / KBSM) menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan sesuai dengan tuntutan pembelajaran Abad 21.
  • Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti pembelajaran murid setanding standard antarabangsa (TIMSS dan PISA)
  • Melaksanakan Dasar MBMMBI bagi memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Merancang dan melaksanakan program khas (HIP, DLP) bagi lonjakan prestasi pencapaian Bahasa Inggeris di sekolah.
  • Mempergiatkan program jaringan dan jalinan untuk merealisasikan matlamat STEM
  • Memastikan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran serta penjaminan kualiti pentaksiran demi menjejak kemenjadian murid
  • Merancang dan melaksanakan pemantauan akademik secara sistematik, berfokus dan berimpak tinggi.
  • Menyelaras penghasilan inovasi pengajaran dan pembelajaran guru seta kajian tindakan
  • Merancang, melaksana tinjauan, analisis, dan kajian bagi menambah baik kualiti pendidikan secara berterusan 
  • Merancang dan melaksanakan dialog prestasi negeri bagi menangani masalah dan isu kritikal serta menyediakan penyelesaian khusus berdasarkan keperluan sekolah
  • Merancang dan mengurus kewangan Latihan dalam perkhidmatan secara cekap dan telus
  • Memberi khidmat bantu dan sokongan kepada PPD dan sekolah tentang pengajaran dan pembelajaran
  • Menggerakkan program bersepadu Guru-guru Cemerlang dan SISC+ bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik negeri
  • Menjalinkan kerjasama erat dengan agensi luar bagi perkongsian pintar demi meningkatkan prestasi pencapaian sekolah
  • Urus Setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di peringkat negeri.
  • Menyelia dan membuat pengesahan bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah.
  • Membimbing dan memberi panduan kepada guru-guru berkaitan urusan P&P.
  • Urusetia kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan dengan perlaksanaan kurikulum di peringkat negeri.
  • Merancang dan melaksanakan projek-projek/program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi dalam pencapaian akademik di sekolah-sekolah.
  • Merancang dan menyelaraskan strategi perlaksanaan semua Matapelajaran KBSR dan KBSM.
  • Merancang perlaksanaan program latih tubi untuk kelas-kelas peperiksaan peringkat negeri.
  • Menggerakkan program bersepadu Guru-guru Cemerlang bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik negeri.

Pin It