GAMBAR

Tan Lee Suan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tingkat 4, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako,
Petra Jaya, 93050 KUCHING
No.Telefon Am: 082-473462
No.Faks: 082-473458

 

  1. Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar rujuk kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah.
  2. Memberi bimbingan secara berterusan kepada Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan sekolah.
  3. Membantu pengurus sekolah melalui Coaching & Mentoring secara hands-on untuk meningkatkan kepemimpinan instruksional.
  4. Memantapkan perkongsian pintar dengan Majlis Guru Besar Sarawak (MGBS) dan Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS) dalam membantu dan memberi bimbingan kepada Pengetua dan Guru Besar yang memerlukan (coaching partnership).
  5. Menganjakkan pemikiran pengurus sekolah ke arah jati diri sebagai pemimpin tranformasi.
  6. Meningkatkan kesedaran tentang kualiti penyampaian perkhidmatan jabatan untuk menggembirakan (delighting) pelanggan.
  7. Mewujudkan pangkalan data berkaitan sekolah, Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah.
  8. Menyediakan maklumat asas sekolah bagi tujuan keberkesanan pelaksanaan fungsi sektor.

 

  1. Membantu Mengurus Program dan Aktiviti Jaminan Kualiti Kepimpinan Sekolah
    • Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara profesional.
    • Mengekal dan meningkatkan kualiti kepemimpinan instruksional.
    • Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepemimpinan sekolah.

      2. Membantu Mengurus Program dan Aktiviti Kepiawaiaan dan Dokumentasi

    • Menyelaras pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan lain-lain pekeliling-pekeliling perkhidmatan lain yang berkaitan.
    • Merancang, menyelaras, membina dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia.
    • Menyelaras pengumpulan, penyenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi.
    • Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat KPM/JPN/PPD.
    • Merancang, menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman MS ISO bagi seluruh proses kerja dalam organisasi.
    • Menjadi Urus Setia urusan mendapatkan maklum balas minit mesyuarat pengurusan profesional di peringkat kementerian.

Pin It