GAMBAR

HAJI MOSTAFFA BIN HAJI SIDIK

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tingkat 2, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako,
Petra Jaya, 93050 KUCHING
No.Telefon Am: 082-473798
No.Faks: 082-473796

• Memberi perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada personel Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak agar dapat mencapai kesedaran kendiri yang optimum.

• Membimbing klien agar lebih terbuka dari aspek pemikiran dan tindakan agar dapat digunakan dalam membangunkan potensi yang dimiliki kearah kemajuan diri, organisasi seterusnya keluarga dan masyarakat.

• Merangka program dan aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku dengan lebih efektif.

• Membantu organisasi dalam mengenalpasti potensi diri, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai serta sikap anggota melalui alat-alat pengukuran psikologi yang tertentu.

 

• Aplikasi psikologi dalam intervensi
Perkhidmatan disampaikan dalam bentuk kaunseling bersemuka secara individu atau kelompok melalui hubungan secara sukarela ataupun rujukan dari ketua jabatan. Perkhidmatan juga melibatkan rundingan secara langsung atau tidak langsung yang dipohon dari mana-mana sektor dan pejabat pendidikan daerah Sarawak meliputi sesi ceramah atau taklimat yang berkenaan.

• Aplikasi psikologi dalam pembangunan
Perkhidmatan yang disampaikan merupakan program, kursus atau bengkel yang dirangka bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku, seterusnya menggunakan potensi yang dimiliki demi mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

• Aplikasi psikologi dalam penilaian personel
Perkhidmatan yang disediakan adalah membantu dalam mengenalpasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur menggunakan alat-alat ujian psikologi ( psikometrik test) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.

Pin It