Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

   

Pengumuman Masalah Laman Web

 new Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja pembetulan sedang dijalankan. Mohon Maaf atas kesulitan.new

   

Sektor Psikologi Dan Kaunseling

  1. S :Apakah Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling?

           J : Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting. Ia mampu membantu seseorang anggota perkhidmatan awam menghindarkan diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal. Selain itu, ia membantu anggota perkhidmatan awam meningkatkan pembangunan diri masing-masing bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti.

    2.   S : Siapa yang boleh mendapatkan perkhidmatan di SPsK ?

              J : Warga pendidikan negeri Sarawak yang terdiri daripada pegawai, guru-guru, staf sokongan dan ahli keluarganya.

    3.   S : Adakah perkhidmatan di SPsK dikenakan bayaran?

          J : Semua jenis perkhidmatan yang disediakan adalah percuma.

   4.   S : Bolehkah kaunselor merahsiakan cerita saya?

         J : Sesi Kaunseling adalah rahsia dan semua kaunselor tertakluk kepada Akta 580 (Akta Kaunselor)

   5.   S : Apakah ada jaminan masalah saya boleh diselesaikan melalu kaunseling?

         J : Kaunseling adalah satu proses. Kaunselor akan membantu klien mencari jalan menangani isu yang dihadapi. Apa yang paling penting adalah tindakan klien untuk menghadapi isu tersebut.

  

   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech