Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech

Pengumuman Masalah Laman Web

 new Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja pembetulan sedang dijalankan. Mohon Maaf atas kesulitan.new

   

Sektor Penilaian dan Peperiksaan

PENILAIAN & PEPERIKSAAN

  • Bagaimana mendapatkan salinan atau gantian keputusan peperiksaan awam yang baru ?
  1. Panduan Mendapatkan Salinan / Gantian Keputusan UPSR/ PMR/ SPM/ SPMU 

1.

 

Sijil atau pernyataan hanya dicetak sekali sahaja.

2.

 

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Peperiksaan berserta dengan dokumen sokongan berikut :

  1. Borang Permohonan;
  2. Laporan Polis / Surat Sumpah (asal);
  3. Salinan pernyataan atau sijil (sekiranya ada);
  4. Bayaran proses sebanyak RM10.00 dalam bentuk Wang Pos / Kiriman Wang atas nama ’PENGARAH PEPERIKSAAN’;
  5. Sampul surat berukuran 38cm X 26cm beralamat sendiri dengan setem RM3.50 untuk pos secara berdaftar; dan
  6. Salinan sijil / slip keputusan peperiksaan (jika ada).

3.

 

Permohonan akan diproses dalam tempoh 4 minggu dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

4.

 

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut : 

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 5 BLOK E11
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA.
(u.p. : UPMPD – Unit Kecil Sijil)

5.

 

Sila layari Laman Web Lembaga Peperiksaan http://www.moe.gov.my/lpm bagi muat turun borang permohonan atau ke Pejabat Pelajaran Negeri/Daerah terdekat untuk maklumat lanjut.

 (B)     Panduan Mendapatkan Salinan / Gantian Keputusan STPM / MUET 

1.

 

Sijil atau pernyataan hanya dicetak sekali sahaja.

2.

 

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Peperiksaan Malaysia berserta dengan dokumen sokongan berikut :

  1. Borang Permohonan;
  2. Salinan slip atau sijil keputusan (sekiranya ada);
  3. Salinan kad pengenalan terbaharu yang disahkan;
  4. Wang pos/kiriman wang/bankdraft bernilai RM20.00 (kali pertama)/RM30.00(kali kedua)/RM50.00(kali ketiga) atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia sebagai caj perkhidmatan; dan
  5. Sampul surat berukuran 38cm X 26cm beralamat sendiri dengan setem RM3.50 untuk pos secara berdaftar.

3.

 

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut : 

KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
BANGUNAN MPM, PERSIARAN 1
BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p.: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)

4.

 

Sila layari Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.gov.com bagi muat turun borang permohonan atau ke Pejabat Pelajaran Negeri/Daerah terdekat untuk maklumat lanjut.

   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech