Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech

Pengumuman Masalah Laman Web

 new Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja pembetulan sedang dijalankan. Mohon Maaf atas kesulitan.new

   

Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan

 
 
CUTI BELAJAR
  • Apakah jenis cuti belajar yang boleh dipohon bagi seorang guru sekiranya beliau ingin melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda?
Guru boleh memohon Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) atau Ambilan Terus dan Pilihan Kedua IPTA melalui UPU.
  • Bagaimana cara memohon Cuti Belajar Separuh Gaji?
Pegawai hendaklah memohon sendiri tempat di IPTA Awam dalam bidang yang disenaraikan KPM. Setelah surat tawaran diterima, kelulusan CBSG dengan mengisi borang CBSG 1, CBSG 2 dan CBSG 3, melalui jabatan setelah mendapat perakuan ketua jabatan.
  • Apakah syarat-syarat lain bagi mendapat kelulusan CBSG?
i. Pegawai hendaklah disah dalam jawatan ii. Umur tidak melebihi 43 tahun iii. Mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu iv. Tiada masalah tatatertib v. Tidak menghadap masalah kewangan vi. Mendapat sokongan ketua jabatan
  • Apakah yang perlu dibuat setelah tamat cuti belajar?
Pegawai hendaklah melapor diri ke jabatan sebaik saja tamat tempoh cuti belajar dengan membawa bersama surat perakuan tamat pengajian dari pihak Universiti. Pegawai akan mengisi borang lapor diri untuk dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPM. Sementara menunggu penempatan semula dari KPM, pegawai akan ditempatkan sementara secara pentadbiran di jabatan/pejabat.
  • Adakah pegawai akan menerima gaji penuh setelah tamat belajar?
Gaji penuh hanya akan dibayar setelah pegawai ditempatkan semula ke sekolah/stesen baru. Pegawai akan menerima separuh gaji dalam tempoh menunggu.
  • Adakah pegawai yang mengikuti CBSG diberi kenaikan gaji tahunan?
Pegawai akan menerima pergerakan gaji pada tahun pertama. Tahun-tahun berikutnya, pergerakan gaji adalah secara isyarat (pada kertas). Setelah pegawai kembali bertugas, gaji akan dibayar dengan mengambil kira kenaikan tahunan berdasarkan bilangan tahun belajar.
  • Dimanakah guru akan di tempatkan setelah tamat CBSG?
Penempatan bergantung dengan kekosongan di sekolah. Pada dasarnya guru akan ditempatkan kembali di daerah asal sebelum CBSG. Walau bagaimanapun, faktor-faktor lain seperti keluarga, kesihatan dan lain-lain juga boleh menjadi penentu penempatan.
  • Bagaimanakah cara memohon pelantikan ke DG41?
Pegawai perlu mengisi borang SSP1 yang boleh diperolehi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Bangunan Sultan Iskandar) atau mengisi secara On-line. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada SPP.
  • Apakah yang layak dituntut oleh pegawai yang mengikuti pengajian melalui kemudahan CBSG?
Pegawai layak menuntut tambang sendiri sekali pergi dan sekali balik. Tuntutan bagi perjalanan pergi boleh dituntut kepada stesen lama sementara perjalanan balik dituntut kepada stesen baru. Tuntutan Pindah barang boleh dibuat sekiranya layak (rujuk Pekeliling Kewangan berkaitan).
   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech