Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech

Pengumuman Masalah Laman Web

 new Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja pembetulan sedang dijalankan. Mohon Maaf atas kesulitan.new

   

Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan

 
 
CUTI BELAJAR
  • Apakah jenis cuti belajar yang boleh dipohon bagi seorang guru sekiranya beliau ingin melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda?
Guru boleh memohon Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) atau Ambilan Terus dan Pilihan Kedua IPTA melalui UPU.
  • Bagaimana cara memohon Cuti Belajar Separuh Gaji?
Pegawai hendaklah memohon sendiri tempat di IPTA Awam dalam bidang yang disenaraikan KPM. Setelah surat tawaran diterima, kelulusan CBSG dengan mengisi borang CBSG 1, CBSG 2 dan CBSG 3, melalui jabatan setelah mendapat perakuan ketua jabatan.
  • Apakah syarat-syarat lain bagi mendapat kelulusan CBSG?
i. Pegawai hendaklah disah dalam jawatan ii. Umur tidak melebihi 43 tahun iii. Mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu iv. Tiada masalah tatatertib v. Tidak menghadap masalah kewangan vi. Mendapat sokongan ketua jabatan
  • Apakah yang perlu dibuat setelah tamat cuti belajar?
Pegawai hendaklah melapor diri ke jabatan sebaik saja tamat tempoh cuti belajar dengan membawa bersama surat perakuan tamat pengajian dari pihak Universiti. Pegawai akan mengisi borang lapor diri untuk dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPM. Sementara menunggu penempatan semula dari KPM, pegawai akan ditempatkan sementara secara pentadbiran di jabatan/pejabat.
  • Adakah pegawai akan menerima gaji penuh setelah tamat belajar?
Gaji penuh hanya akan dibayar setelah pegawai ditempatkan semula ke sekolah/stesen baru. Pegawai akan menerima separuh gaji dalam tempoh menunggu.
  • Adakah pegawai yang mengikuti CBSG diberi kenaikan gaji tahunan?
Pegawai akan menerima pergerakan gaji pada tahun pertama. Tahun-tahun berikutnya, pergerakan gaji adalah secara isyarat (pada kertas). Setelah pegawai kembali bertugas, gaji akan dibayar dengan mengambil kira kenaikan tahunan berdasarkan bilangan tahun belajar.
  • Dimanakah guru akan di tempatkan setelah tamat CBSG?
Penempatan bergantung dengan kekosongan di sekolah. Pada dasarnya guru akan ditempatkan kembali di daerah asal sebelum CBSG. Walau bagaimanapun, faktor-faktor lain seperti keluarga, kesihatan dan lain-lain juga boleh menjadi penentu penempatan.
  • Bagaimanakah cara memohon pelantikan ke DG41?
Pegawai perlu mengisi borang SSP1 yang boleh diperolehi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Bangunan Sultan Iskandar) atau mengisi secara On-line. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada SPP.
  • Apakah yang layak dituntut oleh pegawai yang mengikuti pengajian melalui kemudahan CBSG?
Pegawai layak menuntut tambang sendiri sekali pergi dan sekali balik. Tuntutan bagi perjalanan pergi boleh dituntut kepada stesen lama sementara perjalanan balik dituntut kepada stesen baru. Tuntutan Pindah barang boleh dibuat sekiranya layak (rujuk Pekeliling Kewangan berkaitan).

 
 
 
 
PENGAJIAN JARAK JAUH
  • Siapakah yang boleh memohon PJJ?
PJJ terbuka kepada guru dan kakitangan sokongan.
  • Apakah syarat-syarat lain yang melayakkan seseorang itu mengikuti PJJ?
i. Pegawai/kakitangan telah dilantik ke jawatan tetap oleh SPP; ii. Mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu SPM; iii. Tiada kes tatatertib; iv. Memohon bidang tersenarai yang di tawarkan oleh IPTA; dan v. Mendapat sokongan ketua jabatan.
  • Kenapa perlu memohon kebenaran mengikuti PJJ?
Dengan adanya surat kebenaran mengikuti PJJ, pegawai/kakitangan boleh memohon cuti tanpa rekod sebanyak 30 hari setahun bagi tujuan menghadiri peperiksaan dan aktiviti-aktiviti universiti yang dirancang. Surat kebenaran tersebut juga wajib bagi tujuan memohon pelantikan ke jawatan DG41 atau gred-gred lain yang lebih tinggi setelah tamat pengajian.
  • Siapakah yang meluluskan kebenaran mengikuti PJJ?
i. Bagi guru yang memohon PJJ di peringkat Sarjana Muda, kelulusan kebenaran dikeluarkan oleh JPN sehingga Julai 2000, manakala tempoh selepas itu diluluskan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM; ii. Bagi kakitangan sokongan, kelulusan dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, KPM; dan iii. Bagi permohonan peringkat Sarjana dan Kedoktoran, kelulusan kebenaran telah diturun kuasa kepada JPN.
Catatan: Kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak lain selain JPN (PPB/PPD bagi tempoh sehingga Julai 2000, perlu memohon semula kebenaran daripada JPN untuk tujuan lantikan).
  • Bagaimanakah peluang untuk dilantik ke gred DG41 atau lain-lain gred yang lebih tinggi?
Peluang untuk dilantik bergantung dengan kekosongan jawatan dalam bidang-bidang tertentu. Pelantikan adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Jabatan tiada sebarang kuasa untuk mempengaruhi lantikan seseorang pegawai.
  • Bolehkah pegawai/kakitangan mengikuti program yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau Universiti Luar Negara?
Program yang ditawarkan oleh IPTS tidak boleh diikuti oleh pegawai/kakitangan, kecuali 6 bidang yang ditawarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia (Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrikal) menerusi program kerjasama KPM.

 
 
 
 
PROGRAM KELAYAKAN KEPEMIMPINAN PROFESIONAL KEBANGSAAN (NPQH)
  • Siapakah yang layak mengikuti program NPQH?
NPQH boleh diikuti oleh Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Apakah laluan kerjaya atau peluang peningkatan yang disediakan melalui program NPQH?
Bagi GB dan PK sekolah rendah yang berjaya menamatkan program dengan jayanya boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program Pensiswazahan Guru Besar anjuran KPM dengan kerjasama IPTA seperti UPSI, UiTM, UNIMAS, UMS, UIA dan lain-lain.
Bagi Pengetua dan PK sekolah menengah, program NPQH memberi peluang kepada mereka yang belum mempunyai Sarjana mengikuti Program Pensarjanaan Pengetua anjuran KPM dengan kerjasama UIA.
  • Bagaimanakah cara untuk memohon program NPQH?
Permohonan boleh dibuat apabila siaran program dikeluarkan KPM. Pemohon akan melalui satu proses tapisan dan pemilihan melibatkan beberapa pihak seperti Bahagian Biasiswa, IAB, Bahagian Sekolah, IPTA dan JPN.
  • Berapakah had umur dan syarat-syarat lain yang melayakkan seseorang itu diterima masuk ke program NPQH?
Seperti syarat-syarat biasiswa yang lain, had umur adalah 45 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Pemohon juga adalah terikat dengan perjanjian biasiswa dengan kementerian.

 
 
 
 
 
KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN/PENYELIDIKAN
  • Siapakah yang meluluskan kebenaran menjalankan kajian atau penyelidikan?
Kajian atau penyelidikan yang melibatkan institusi pendidikan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar Pendidikan, KPM. Persetujuan dan kebenaran juga perlu diperolehi dari JPN bagi membolehkan kajian dibuat di institusi pendidikan.
  • Adakah sekolah/jabatan berhak menolak permohonan menjalankan kajian?
Ketua jabatan/sekolah berhak memutuskan sesuatu permohonan diterima atau ditolak atas alasan-alasan yang munasabah. Walau bagaimanapun, jabatan/sekolah wajar menjelaskan sebab-sebab sekiranya mengambil keputusan menolak dan mencadangkan alternative yang boleh dibuat bagi membantu penyelidik.

 
 
 
 
KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK)
  • Apakah yang dimaksudkan dengan KSPK?
KSPK merupakan program peningkatan guru dalam bidang-bidang yang ditentukan oleh KPM. Kursus yang mengambil masa setahun ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam bidang yang di ajar di sekolah.
  • Bagaimanakah penempatan setelah tamat KSPK?
Guru akan ditempatkan kembali bertugas di sekolah asal dengan harapan segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat membantu meningkatkan lagi mutu P & P di sekolah.
  • Apakah status KSPK dan implikasi kepada gaji semasa kursus?
KSPK merupakan kursus panjang dalam perkhidmatan dan sepanjang tempoh kursus gaji adalah dibayar penuh. Walau bagaimanapun, peserta tidak layak dibayar Elaun Wilayah (BIW) kerana tempoh kursus melebihi 3 bulan.
  • Apakah faedah lain mengikuti KSPK?
Guru layak dipertimbangkan untuk mengikuti PKPG sekiranya bidang yang dipohon semasa KSPK sama dengan bidang dipohon dalam PKPG.
  • Apakah PKPGB?
PKPGB merupakan program baru anjuran IAB, dan Bahagian Biasiswa,KPM dengan kerjasama IPTA Awam yang bertujuan memberi peluang kepaga Guru Besar yang umur mereka melepasi had kelayakan kelulusan biasiswa (45 tahun). Program ini memberi peluang para GB meningkatkan kelayakan akademik dengan mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan.
  • Apakah kemudahan yang akan diterima apabila mengikuti PKPGB Mod pengajian?
Peserta yang terpilih akan mengikuti PKPGB dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh. Pengajian dijalankan melalui Mod Intensif di mana peserta akan dikehendaki menghadiri sesi di Universiti 4 kali setahun bagi tempoh kurang tiga bulan satu sesi. Masa selebihnya akan kembali bertugas seperti biasa disamping membuat tugasan yang diberi pihak Universiti.
  • Bagaimana cara memohon kursus induksi?
Pegawai/kakitangan perlu mengisi borang permohonan mengikuti kursus induksi dan menghantarnya ke Unit Latihan, JPN setelah mendapat sokongan ketua jabatan.
  • Siapa yang perlu menghadiri kurusus induksi?
Kursus Induksi perlu dihadiri oleh semua kakitangan (Kumpulan 1, 2 dan 3) yang belum menghadiri kursus induksi.
  • Berapa lamakah tempoh kursus dijalankan?
Kursus induksi dijalankan selama 14 hari bagi kumpulan 1, 10 hari bagi kumpulan 2 dan 7 hari bagi kumpulan 3.
  • Siapakah yang layak mengikuti kursus PTK?
Kursus PTK layak diikuti oleh PPPS DG54, DG52, DG48, DG44, dan DGA34.
  • Bagaimana memohon Kursus PTK?
Permohonan dibuat dengan mengisi borang PTK yang boleh diperolehi di JPN dan semua PTJ.
 
 
 
   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech