Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech

Pengumuman Masalah Laman Web

 new Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sedang mengalami masalah teknikal. Kerja-kerja pembetulan sedang dijalankan. Mohon Maaf atas kesulitan.new

   

Sektor Pendidikan Islam

UNIT OPERASI PENDIDIKAN ISLAM

1. Apakah Tugas Utama unit Operasi Pendidikan Islam ?

 

UNIT OPERASI PENDIDIKAN ISLAM

 Mengurus, memantau dan memastikan kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Program j-Qaf berjalan di sekolah-sekolah yang ada pelajar Islam melebihi 5 orang berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

UNIT PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA

  1. Bagaimanakah saya ingin memohon masuk ke Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)?

 

Mengisi borang TG1 yang akan diedarkan melalui PPD/Sekolah seawal bulan Julai dan hendaklah dikembalikan kepada PPD selewat-lewatnya penghujung bulan Julai setiap tahun.

Permohonan juga boleh dibuat melalui Jabatan Pelajaran Negeri dalam tempoh 14 hari selepas keputusan UPSR menggunakan borang yang boleh diperolehi di sekolah/PPD atau di Jabatan Pelajaran sendiri.

3. Apakah syarat dan kelayakan permohonan ke SMKA?

 

  1. Menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Rendah Kebangsaan.
  2. Pemohon dan ibu/bapa/penjaga adalah warga Malaysia.
  3. Mendapat 5A atau sekurang-sekurangnya 2A 3B dalam UPSR.
  4. Cemerlang dalam ujian UPKK yang dianjurkan oleh JAIS.
  5. Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.
 

Bagaimana saya mengetahui keputusan permohonan saya ke SMKA?

 

Keputusan permohonan ke SMKA akan dimaklumkan kepada pemohon melalui sekolah asal masing-masing atau terus menghubungi JP Sarawak dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula. Walau bagaimanapun permohonan dianggap gagal sekiranya tidak menerima sebarang makluman selepas 2 bulan dari tarikh tutup permohonan.

 Saya gagal untuk mendapat tempat di SMKA, adakah boleh membuat rayuan?

 Borang rayuan boleh didapati di PPD/JP Sarawak. Rayuan hendaklah dikemukakan ke Sektor Pendidikan Islam JP Sarawak dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan tawaran pertama diumumkan.

 Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan dalam permohonan ke SMKA?

 Salinan Sijil Kelahiran pemohon.
Salinan KP ibu dan bapa pemohon.

Salinan Keputusan UPSR.
Salinan Keputusan UPKK
Sijil-sijil ko-kurikulum atau yang berkaitan.

 

UNIT OPERASI DAKWAH.

Apakah aktiviti tahunan yang diadakan oleh Unit Operasi Dakwah?.

Jawapan.1 .(Berbentuk Aktiviti)

1.Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM (MTQSS)

2.Majlis Tilawah Al-Quran KPM

3.Majlis Festival Nasyid Sekolah-sekolah JPN

4 Majlis Khatam Quran JPN

5.Pertandingan Kompang Salawat.

Jawapan kedua (Berbentuk Bukan Pertandingan)

1.Sambutan Maal Hijrah.

2.Sambutan Maulidur Rasul

3.Kursus Pemantapan Aqidah

4.Khemah Ibadah

5.Ihya’ Ramadan

6.Dakwah Bil Hal

7.Kursus Tahsin Al-Quran

8.Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Menengah.

Jawapan Ketiga: (Berbentuk Pemantauan)

1.Iklim Dinie di sekolah.

2.Surau Lima Bintang.

3.Kelab Jawi/Khat

4.Kelab Falak Syarie

5.Ihya’ Ramadan

6.Persatuan Pelajar Islam.

Jawapan Keempat: (Berbentuk Pengarahan Aktiviti)

1.Kursus Khas GPI

2.Pendedahan Modul Kejurulatihan MTQSS,FNSS dan KSBMSS.

3.Pemantapan Aqidah pegawai dan kakitangan JPNS.

4.Pengukuhan Nilai Islam. 

   
© Jabatan Pendidikan Sarawak 2014
Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech